Definisi Perusahaan Kecil Sederhana (PKS)

Berkuatkuasa 1 Januari 2014, Definisi Baru PKS, kriteria kelayakan sedia ada seperti jualan tahunan dan bilangan pekerja kekal sama tetapi paras ambang telah ditingkatkan kepada:

  1. Sektor Pembuatan: Jualan tahunan tidak melebihi RM50 juta atau bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 200 orang
  2. Sektor perkhidmatan dan sektor lain: Jualan tahunan tidak melebihi RM20 juta atau bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 75 orang

Secara terperinici, definisi kategori mikro, kecil dan sederhana adalah seperti berikut:

Bagi definisi ini, semua PKS mesti merupakan entiti yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau badan lain yang berkaitan. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa pengecualian termasuk:

  • Entiti yang tersenarai awam di papan utama;
  • Syarikat Multinasional (MNC);
  • Syarikat berkaitan Kerajaan (GLC);
  • Syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD); dan
  • Perusahaan milik Kerajaan Negeri

Adaptasi Sumber :
Laporan Tahunan PKS 2015/16 – Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan